MFTECH GLOBAL (M) SDN. BHD. | ayer keroh, Malaysia | Posted June 15, 2026
Position Overview
Ringkasan Jawatan:
Pelatih Industri akan memberi sokongan kepada operasi harian Jabatan Procurement, khususnya dalam pengurusan dokumen, penyusunan fail, kemas kini rekod serta tugasan pentadbiran berkaitan perolehan dan tender.
Tanggungjawab Utama:
Membantu mengurus dan menyusun dokumen serta fail secara sistematik bagi memastikan rekod sentiasa teratur dan mudah diakses.
Membantu mengemas kini data, rekod dan maklumat berkaitan perolehan, pembelian dan tender.
Melaksanakan tugasan pentadbiran asas mengikut arahan serta keperluan semasa jabatan.
Menyokong staf dalam tugasan harian termasuk penyediaan dokumen, semakan maklumat dan pengumpulan dokumen sokongan.
Membantu dalam proses asas berkaitan tender, termasuk penyediaan dokumen sokongan dan pengumpulan maklumat yang diperlukan.
Membantu memastikan dokumen lengkap, tepat dan mengikut keperluan yang ditetapkan.
Kelayakan & Keperluan:
Memiliki sekurang-kurangnya kelulusan SPM dengan Gred A dalam...